Sunday, January 3, 2016

Journal Bride to Be 02

138 DAYS
Tengok countdown macam seram seram sejuk je.
Setakat ni ada berapa progress je. Itu pun semua half half.

Baju Nikah : Checked (send tailor)
Wedding Dress : Checked ( half deposit)
Photographer : Checked (RM300 deposit for lock date&package)
Goodies : Checked

SOLEMNIZATION & RECEPTION
Untuk color baju nikah and wedding dress memang dah decide awal awal.
Yang baju nikah sekejap je settle pegi jakel sekali dah jumpa. Wedding Dress ni 3 4 kali pegi
pun tak jumpa jumpa exactly color yang nak. Tapi finallyyyyyy boleh bergembira sebab last weekend pegi jumpa color and lastweek jugak last day untuk jakel year end sale.
Dapat lah murah sikit softnet tu. Jimat sangat! Untuk layer dalam chiffon and satin minta designer sendiri yang tolong belikan sebab more expert. Dia pun cakap color yang nak ni memang susah sikit nak jumpa. ke iols yang terlebih cerewet ni? haha
Whatever  yang penting dah boleh tarik nafas lega sebab dah settle hal color. Yelah sebab dari awal memang decide satu color je takde backup color so bila designer kata macam susah sikit nak jumpa stress lah wei memikirkan color apa yang patut dilistkan for bacp up plan.

Both baju (nikah&reception) memang request nak simple je. Maksud simple dekat sini adalah bukan heavy lace and beads. Kita amalkan minimalist concept. Pelamin pun request yang simple yet nice.
Yang sedap mata memandanglah senang cerita haha.

CANOPY
Sekarang tengah pening hal canopy. Sebab tak jumpa lagi canopy with affordable price.
Ada lah jumpa satu dua dekat Kuala Kangsar tu tapi harga dia mak aih melampau nya.
So kita reject lah awal awal haha. Mahal tapi tak sure service dia okay or tak. Takpe ada masa
lagi untuk survey. Plan untuk canopy nak buat all white tapi hmm partner cakap kalau nak all white bukan semua vendor boleh turn dia jadi cantik. Sebab takut dorang bagi sarung dengan lapik meja yang lama. Hancur harapanku. Menharapkan jumpa canopy yang okay kena dengan taste. Taknak lah lapik sarung semua messy.

PHOTOGRAPHER
Most fav photographer package dorang tak kena dengan our budget.
Tapi dalam banyak banyak tu adalah satu dua yang sesuai. Sebab year end kan so kebanyakan photographer akan ada buat promo. Kteorang sempat lah grab promo. Dapat free pre wedding (outdoor) tapi kteorang decide tukar pada post wedding since senang sikit lepas kahwin. Boleh mesra mesra sikit haha

P/S : Kursus kahwin still tak pegi pegi lagi haha.




2 comments:

Zumie said...

bila tarikh nina nikah? dup dap kan hehe

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)